Friday 29 January 2016

SUKANEKA, BBQ & MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR



Meneruskan tradisi aktiviti hujung minggu asrama, pada tahun ini, Aktiviti Sukaneka telah dijayakan pada 29 Januari 2016 bermula dengan senaman pagi, dan pelbagai acara dan permainan yang dipertandingkan.

Pada sebelah petang, aktiviti berBBQ juga telah dilaksanakan bersempena meraikan sambutan Hari Jadi para pelajar asrama yang lahir pada bulan Januari.

Majlis Hari Jadi ini juga turut diselitkan dengan penyampaian hadiah-hadiah bagi pemenang sukaneka serta hadiah hari jadi pelajar oleh Tuan Pengetua, PK HEM serta Ketua Bidang Bahasa yang turut hadir memeriahkan acara.


 <SEKITAR GAMBAR ACARA SUKANEKA DAN SAMBUTAN HARI JADI JANUARI>




PK HEM, Encik Hussin Awang turut memotong kek sempena hari lahir beliau pada bulan ini.

Selamat Hari Ulangtahun kami ucapakan kepada semua yang berkenaan.



watch video of this event;
https://www.youtube.com/watch?v=pO9kvD574Sc
https://www.youtube.com/watch?v=xz5a-TUlNrQ


Friday 8 January 2016

ORIENTASI ASRAMA 2016

Program orientasi asrama telah dilangsungkan selama satu minggu bermula hari pertama pendaftaran dan majlis penutup telah diadakan pada hari Jumaat, 8Januari 2016.

Pelbagai slot dilaksanakan sepanjang minggu ini untuk memupuk dan membentuk pelajar asrama yang bersahsiah, berdisiplin dan beretika serta cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum.

Majlis Penutup Minggu Orientasi asrama pada tahun ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua dan diakhiri dengan Majlis Bacaan Ikrar Pelajar, diketuai Ketua Pelajar Asrama 2016, Mohd Adam Shariman.


Slot Ketrampilan Diri oleh Puan Noraini Hamzah.

Slot Etika,Sahsiah dan Disiplin Pelajar oleh Encik Suhairi Sulong. 

Slot Teknik Belajar Berkesan oleh Kaunselor, Puan Nor Hannah Pauzi.

Saturday 2 January 2016

PENDAFTARAN PELAJAR ASRAMA SESI 2016



Tahniah kepada para pelajar SMK Kuala Telemong yang telah terpilih untuk tinggal Di asrama sekolah pada sesi 2016 ini.

Hari pendaftaran pelajar asrama telah dijayakan pada 2Januari 2016, bermula jam 10 pagi dan diakhiri dengan mesyuarat agong Jalinan Ibubapa & Guru Pelajar Asrama (JIGPA ) pada jam 1 tengahari.


 Sekitar sesi pendaftaran pelajar asrama 2016.


Mesyuarat agong pertama JIGPA yang telah dipengerusikan oleh Pengetua SMK Kuala Telemong sendiri, Tuan Haji Abdul Halim Muda.